Thursday, 12 April 2018

Bahulu Rangup by SyiNas Homemade

Assalamualaikum...

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas di penghulu segala hari ini.. Ampa semua apa khabar?? sihat tak?? Harini kak Fa terasa nak kongsi ngan ampa resepi #BahuluRangup daripada SyiNas Homemade. Kak Fa mengaku kak pun masih amatur lagi.. tapi tak salah kalau berkongsi resepi kan.. hihi.. kot ampa2 yang mmg lama dah nak buat tapi duk risau tak boleh2 sbb ramai orang kata buat bahulu ni renyah,..leceh banyak kerja.. sebenarnya kalau ampa sabar (kak pun bukan penyabar) dan memang ampa sungguh2 nak belajar.. In Shaa Allah pasti boleh !!!

Jom Check It Out (Hamboih hang sakan!!) ahakss..

BAHULU RANGUP

Bahan :

10biji telur Gred A
2 1/2 cawan gula (sukat guna cawan kopi kita jamu tetamu bila depa mai rumah yang ada telinga tu)
250gm tepung gandum (cap ros).. stgh plastik tepung sekilo tu lar..bukan payah pun
Acuan Bahulu
Minyak Mazola/Jagung/minyak masak
lidi
kain/berus sapu minyak kat acuan
sudu

Cara-cara :

1. pukul telur dengan gula sampai kembang..guna high speed..lebih kurang 15minit.. (bg dia betoi2 kembang kalau ampa pakai mixer tu sampai takda langsung buih)
2. lepas dah kembang ampa masukkan tepung tu sikit2.. sampai dia rata..jgn terlebih stg bahulu ampa bantat.. keras kong (pastu jangan salahkan kak na haha)
3. Panaskan oven dan acuan (buh minyak penuh dalam setiap lubang acuan) ampa suhu 160c selama 10minit (ikut oven masing2 yar..kalau kak mcm ni)..
4. Tuang minyak tadi sampai habis dalam satu bekas.. masukkan adunan tadi dalam acuan BAKAR selama 15minit suhu 160c.
5. keluarkan bahulu ampa dari acuan dengan terbalikkan je (kalau lekat baru pakai lidi). tapi aklau ampa betul2 ikut ni in shaa Allah tak lekat.. (depends pada acuan juga).
6. sapu acuan ampa dengan minyak tadi.. (AMARAN KERAS!! JGN BG MINYAK BERTAKUNG satgi bahulu ampa tak cantik).
7. ulang balik step 4-5-6 sampai lar habis..

Peringatan : Bila dah siap acuan jangan basuh.. buh minyak tadi dalam sarang acuan ampa..simpan je dalam oven tu hihi

Adunan ni ampa boleh dapat dalam 120biji.. bahulu cermai..


haaa ginilar rupa bahulu tu..(zoom in ye kalau tak jelas hihi)


ni dah siap packing (ahaks)


mai whassup kak..nak inbox kat fb kak pun boleh aih kalau rasa takmau buat sendiri hahaha..dialu2kan ..

Kak open order untuk semua majlis.. Akikah, Birthday, Kenduri Kahwin dan mcm2 lagi

#KlangValley sahaja ada COD.. kalau luar Klang Valley, Setakat ni hanya kawasan Changloon, Kedah sahaja yang ada COD.. Terima kasih sudi membaca..Wasalamm


Bismillahirrahmannirrahim..

"Man Jadda Wa Jadda, Wa Man Zara'a Hasada"

"Maksudnya, Siapa yang menanam akan mendapat hasilnya.. dan siapa yang berusaha akan berjaya"

#maaf kalau tersilap, kak masih belajar..harap ampa berjaya na..

Tuesday, 10 April 2018

SyiNas Homemade



Assalammualaikum sahabat Aura Positif :P

Disebabkan Kak Fa dan Abg Aon ni PJJ (Pasangan Jarak Jauh).. jadi moment paling sweet bila salah sorg dari kami buat lawak loqlaq atau senang kata lawak bodo masa duk mesej..hahahaha.. mmg make my day lar kalau dah keluar lawak bodo tu..hahaha walaupun lawak tu hanyalah biasa2 je kalau ampa baca pun mcm eee gediknya.. EMANG GUAA PIKIRIN!!! Haha..

Malam tadi abg aon ampa buat tabiat apa xtau buat kuih donut cantik pulak tu kalah kak Fa weyh..Kak Fa buat pun mcm kulit katak menggerutu haha dia punya Allahuuu cantik bebenor rupa dia..


Ampa tak dengki ka tengok Donut Abg Aon ampa ni.. siap bercoklat bagai.. (hg balik KL hg tak buat untuk bini hg siap noh)..


tengok tu siap bersimpul2 kasih lagi.. huwaa ok now Kak Fa is Jelesss..

Balik pada topik asal SyiNas Homemade ..

Benda apa tu, mcm tak biasa dengar pun..penting ka??.. haa tak penting kat ampa.. tapi ni lar punca rezeki KEDUA kami.. kami takdak lar sampai berdaftar dan ada kedai.. sekadar buh nama untuk orang kenal kami ja..

Apa yang kami jual???.. Macam-Macam Ada gitewwww (dah mcm iklan pakcik astro) hahaha..




#BahuluRangup nama diberi...


haaa tu harganya..


selain bahulu ni ada #KaripapFrozen #IntiDaging/Kentang/Sardin/Ayam #KuihGoyang/Ros ...

tapi yang paling TOP SELLER #BahuluRangup... kalau ampa yang nak menikah ka.. ada majlis akikah ka..nak buat kudap2 ataupun ampa nak buat untuk jadikan pilihan KUIH RAYA 2018 tu..mai whassup kak..

meh copy link kat bawah tu..

www.wasap.my/60167712915/BahuluRangup .. Whassup Kak Fa
www.facebook.com/nurasyifa.abdulaziz .. FB Kak Fa

sebelum kak Fa check out (dah mcm hotel pulak ada in out.. poyo tak habis) jom layan beberapa testimoni yang ada ni..





Ok tu saja na buat masa ni.. 

Alhamdulillahh.. Sesungguhnya ku bersyukur ke Hadrat-Mu Illahi.. 

#SyiNasHomemade #SungaiBesi #KualaLumpur #BahuluSeller





Monday, 9 April 2018

Perkenalan Yooo!!!

Assalammualaikummmmmm,...

Ampa buat apa oiii.. maaf lar noh jom kita kenai2 dulu na.. nama kak fa (bukan piala FA tau) hanya fa sahaja haha 🙋.. jadi ampa jgn pening lar noh kalau tiba2 kak duk tulis fa fa fa..

ni first entri kak..dulu kak ada blog juga.. tapi sebab lama sgt dah x buka berhabuk tiup fuh fuh fuhhhh pun xmau hilang habuk (lupa password sebenarnya) hahaha.. takpa lar kak buka lain na.. harap ampa enjoy lar na..

kak fa bukanlah orang kedah a.k.a orang utagha baqhanggg.. tapi kak fa ni orang selangor.. ok SELANGOR (bendera merah kuning dijiwaku) cewahh gituu.. tapi kak fa suka cakap loghat utagha ni nak pulak TOK LAKI a.k.a SUAMI kak fa orang utagha.. CHANGLOON MAI..haha (terover doss pulak)..

Kami menikah 19.09.2015, lama dah..tapi masih belum dikurniakan zuriat,.. barangkali masih bermain dengan kawan2 dekat luh mahfuz,.. "sayang, mai lar lar kat ibu,.. ibu rindu kat kamu.. lama dah ibu tunggu kamu di dunia ni.. In Shaa Allah ibu dan abie akan didik kamu ke jalan yang Allah S.W.T" (sambil cakap dalam hati, moga diperkenankan doa kami selama hari ini) Aminnnnnn..


haaa ni lar rupa kami.. dan confirm2 lar kiri tu kak fa.. dan kanan tu TOK LAKI kak abg aon (chuckle sikit) kih kih kih


setiap apa yang kita buat mesti ada tujuan kan??.. jadi tujuan fa buka blog untuk kisah Perjalanan SyiNas tu adalah untuk kongsi kisah hidup kami yang tak berapa nak menarik kalau post kat fb risau kena kecam,..maklumlah keyboard warrior merata2 skrg ni uhukuhuk terbatuk pulak.. dunia sekarang dunia IT.. nnti anak2 dah besar scroll sini jelar hahaha.. baca balik apa lar yang ibu hang meroyan wekkkk..

senang ckp mcm diari lar.. dari segi pengalaman, masakan, perasaan, anak (eh2 hahaha), travel dan sebagainya.. warna warni kehidupan kan.. pastinya banyak cerita yg akan muncul..


Bahulu Rangup by SyiNas Homemade

Assalamualaikum... Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas di penghulu segala hari ini.. Ampa semua apa khabar?? sihat tak?? Har...